GERAN PELANCONGAN TAHUN MELAWAT SELANGOR 2026
Geran Pelancongan Tahun Melawat Selangor 2026 Kini Dibuka!
Selangor, 4 Mei 2026 — Kerajaan Negeri Selangor dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan permohonan bagi Geran Tahun Melawat Selangor 2026 bagi menyokong dan memperkukuh pelaksanaan kempen Tahun Melawat Selangor 2026.
Permohonan dibuka mulai 4 Mei 2026 hingga 31 Oktober 2026, dengan peruntukan ini dijangka memanfaatkan sehingga 59 program dan acara pelancongan di seluruh negeri.
Geran ini terbuka kepada empat kategori pemohon iaitu syarikat dan organisasi swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak menerima peruntukan promosi daripada kerajaan, anak syarikat di bawah kerajaan negeri, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.
Bagi memenuhi pelbagai skala penganjuran, geran ini dibahagikan kepada lima kategori:
- Geran Pusing Selangor Dulu – RM3,000
- Geran Discover Selangor – RM5,000
- Geran Splendid Selangor – RM10,000
- Geran Surprising Selangor – RM15,000
- Geran Selangor Kan Ada – RM20,000
Pemohon yang berjaya adalah mereka yang mengemukakan cadangan program yang berimpak tinggi dan berdaya saing dalam menyumbang kepada pembangunan ekosistem pelancongan negeri. Keutamaan akan diberikan kepada program yang memberi impak sosioekonomi di peringkat domestik melalui penglibatan pelbagai pihak atau program yang dianjurkan di Selangor dengan penglibatan pelancong serta agensi antarabangsa.
Pada tahun 2025, sebanyak 30 agensi telah menerima geran di bawah inisiatif Tahun Melawat Selangor 2025. Inisiatif ini diharapkan dapat merangsang pertumbuhan jumlah pelancong, selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, di samping memperkasa penganjuran lebih banyak acara dan program pelancongan tempatan di Selangor.
Kriteria penganjuran program/acara:
PENGANJURAN YANG DIBENARKAN & DIGALAKKAN
PENGANJURAN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN
PENGANJURAN YANG TIDAK DIBENARKAN
Borang Permohonan
Isi borang permohonan
Garis Panduan
Lihat atau muat turun garis panduan
Senarai Semak Permohonan
Lihat atau muat turun senarai semak permohonan
Template Kertas Kerja
Lihat atau muat turun template kertas kerja
Tuntutan Pembayaran
Lihat atau muat turun tuntutan pembayaran
Template Laporan
Lihat atau muat template laporan

